KUMPUL 10 SETEM DIGITAL & TEBUS GANJARAN!

My Mommy Store
My Mommy Store
  • MY HOME
  • NAWAITU
    • Our sajadah
    • New Arrival
    • Nawaitu Adults Collection
    • Nawaitu Kids Collection
    • Mobile sajadah
    • Table Mat
    • Testimonials & Reviews
    • Gallery
  • MOMMY HANA
    • MOMMY HANA
  • TEROKA SAINS
    • Our product
    • Shop by Category
    • Testimonials & Reviews
    • Gallery
  • More
    • MY HOME
    • NAWAITU
      • Our sajadah
      • New Arrival
      • Nawaitu Adults Collection
      • Nawaitu Kids Collection
      • Mobile sajadah
      • Table Mat
      • Testimonials & Reviews
      • Gallery
    • MOMMY HANA
      • MOMMY HANA
    • TEROKA SAINS
      • Our product
      • Shop by Category
      • Testimonials & Reviews
      • Gallery
  • MY HOME
  • NAWAITU
    • Our sajadah
    • New Arrival
    • Nawaitu Adults Collection
    • Nawaitu Kids Collection
    • Mobile sajadah
    • Table Mat
    • Testimonials & Reviews
    • Gallery
  • MOMMY HANA
    • MOMMY HANA
  • TEROKA SAINS
    • Our product
    • Shop by Category
    • Testimonials & Reviews
    • Gallery

TEROKA DUNIA SAINS ANDA!

Explore, learn & play!

Memperkenalkan siri buku Teroka Sains!

Penuh dengan fakta-fakta sains menarik yang disampaikan dengan gaya bahasa mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Fakta yang SANTAI dan MUDAH dibaca sangat menarik bagi semua peringkat usia.

Find out more

JOM TEROKA BERSAMA!

Menerokai Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan

Mengandungi 30 fakta yang ringkas. Padat dengan pelbagai pengetahuan menarik tentang manusia, haiwan, tumbuhan, mikroorganisma dan angkasa. Kita semua akan teruja mempelajari tentang keajaiban dunia! 

Fakta Pelik, Unik dan Kelakar Haiwan

Buku fakta haiwan yang sangat BAGUS dan

MENARIK menjadikan anak-anak lebih TERTARIK untuk mengetahuinya. Bahkan mak ayah sendiri akan TERUJA dengan membaca buku ini bersama anak-anak. 

Uniknya awak!

Tahukah anda... Ada haiwan yang diberi gelaran haiwan yang paling gembira di dunia. Inilah haiwan yang bernama Quokka!

Kenali banyak lagi haiwan-haiwan di atas muka bumi yang anda tidak tahu akan kewujudannya!

Rindunya nak travel!

Membawa anda mengembara ke 74 buah negara di dunia dan meneroka pelbagai keindahan alam ciptaan Tuhan yang pasti membuatkan anda teruja dan takjub dengan setiap helaian naskhah ini.

Rindunya nak travel lagi

Meneruskan  pengembaraan ke 75 buah negara & terus meneroka pelbagai rahsia alam ciptaan Tuhan yang sangat hebat! Anda akan teruja dengan setiap fakta sains dan informasi negara menakjubkan yang mungkin tidak terfikir dan terlintas di fikiran anda.

Learn more

Tahukah anda?

Fakta menarik tentang angkasa!

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

🪐 Galaksi Milky Way / Bima Sakti (galaksi kita diami) berpusing dengan sungguh laju. Ia memutarkan matahari dan segala bintang-bintang dengan kelajuan 100 juta km sejam!

🪐 Angkasa lepas adalah sebuah ruang yang amat sunyi. Ini kerana gelombang bunyi tidak dapat bergerak dalam keadaan vakum (tiada udara). Namun begitu gelombang radio dapat bergerak di ruang angkasa.

🪐 Besar matahari adalah 330,330 kali ganda dari bumi dari segi kepadatan(mass). Sebanyak satu juta planet bumi dapat dimuatkan ke dalam matahari.

🪐 Bintang Neutron adalah bintang paling kecil dan padat di alam semesta. Berukuran 12-17 km diameter dan kepadatannya bersamaan dengan kepadatan dua matahari. Bintang Neutron ini berputar dengan sungguh laju, kelajuannya mampu mencecah sehingga 600 pusingan sesaat!

🪐 Gunung berapi yang terbesar di dalam sistem solar kita adalah Olympus Mon yang terletak di planet Mars. Ia mempunyai keluasan sebesar negara Ireland dan tingginya tiga kali ganda tinggi daripada gunung Everest.

🪐 Tempat yang paling sejuk di dalam sistem solar kita adalah bulan Triton kepunyaan planet Neptune. Permukaan suhunya adalah -236°C.

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

👫 Kekuatan Rambut Manusia
Satu helai rambut mampu menampung berat sebanyak 99.2 gram. Ini bermakna satu helai rambut mampu mengangkat lebih kurang 4-5 batang coklat Kit Kat seberat 25g. Oleh kerana itulah ramai yang mempunyai kemampuan untuk menarik kereta dengan hanya menggunakan rambut.

👫 Otak manusia

Dalam otak anda, terdapat ruang simpanan sebanyak 2,500,000 GB atau 2,500 TB manakala hard drive paling besar di dunia hanyalah 32TB. Manakala, kelajuan terendah dimana maklumat melalui otak anda adalah kira-kira 418 kilometer sejam.

👫 Berapa jenis darah manusia?

Anda hanya tahu 4 jenis kumpulan darah sahaja kan iaitu A, B, AB dan O? Sebenarnya terdapat 29 jenis kumpulan darah di dalamdunia ini, dan yang paling sukar dijumpai adalah kumpulan HH atau namanya kumpulan Bombay. lanya terdapat pada sekumpulan kecil keluarga di Jepun.

👫 Berapa jauh jarak darah berjalan?

Darah beredar di dalam badan kita tanpa henti dari mulanya badan kita disenyawakan di dalam rahim sehinggalah maut menjemput.Namun tahukah anda darah dalam badan kitabergerak sejauh 19,312 kilometer? la bersamaan dengan 223 meter sesaat! UsainBolt pun kalah!

👫 Berjuta warna boleh di lihat mata

Mata kita adalah anugerah yang tak ternilai
yang dikurniakan oleh Allah. Tanpa mengetahui, mata kita boleh membezakan hampir 10 juta warna yang ada di sekitar kita,namun otak kita tidak dapat mengingati kesemua warna-warna tersebut.

👫 Kelajuan bersin

Tahukah anda sesetengah kereta Perodua Myvi boleh mencapai kelajuan 160 km sejam? la juga bersamaan dengan kelajuan bersin oleh manusia. Patut la mata boleh terkeluar jika bersin sambil buka mata, laju rupanya!

Hebat kan badan kita?

Fakta menarik ni mungkin anda tak tahu lagi

Fakta menarik mengenai tubuh manusia yang kita patut tahu!

Fakta menarik ni mungkin anda tak tahu lagi

🫁 Manusia masih mampu untuk hidup walaupun salah satu paru-parunya dikeluarkan. Ketika salah satu paru-paru dikeluarkan, paru-paru di sebelahnya akan mengembang untuk mengambil beberapa ruang yang kosong. Namun begitu orang yang memiliki satu paru-paru tidak akan mampu bersenam sekeras orang dengan dua paru-paru yang berfungsi.


🫁 Paru-paru adalah antara salah satu daripada organ-organ yang terbesar dalam tubuh badan.


🫁  Jika anda membentangkan kawasan alveoli, kantung di mana oksigen dan darah bertemu, ia boleh menutup seluruh gelanggang tenis.


Sudah tahu bukan?

Comelkan zirafah tidur?

Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

Fakta menarik ni mungkin anda tak tahu lagi

Zirafah tidur?
Bagaimana keadaan zirafah apabila tidur ?🤔

🦒Dalam habitatnya, zirafah hampir tidak pernah baring untuk tidur kerana terdedah bahaya pemangsa.


🦒 Zirafah boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling sedikit memerlukan tidur, kerana sepanjang kajian, rekod tidur paling lama bagi seekor zirafah hanyalah sekitar 30 minit sahaja.


Nak tahu lagi pelbagai fakta dan info sains menarik?
Jom dapatkan buku Teroka Sains 1 dan 2 sekarang!

Fakta menarik tentang Arnab

Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

🐇 Arnab mempunyai 28 batang gigi yang sentiasa tumbuh.


🐇Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku, 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan.


🐇 Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama.


🐇 Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.


Banyakkan fakta menarik tentang arnab yang kita tak tahu.Nahh..sekarang dah tahu kan.



Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

Fakta Menarik negara-negara seluruh dunia

🌍 Paling banyak tasik: Kanada
Kanada mempunyai bilangan tasik paling banyak di dunia iaitu sebanyak 3 juta! Malah, negara itu juga mempunyai 60% daripada semua tasik di dunia.

🌍 Paling banyak zon waktu: Perancis
Dengan 12 zon waktu, Perancis mendahului senarai negara-negara yang mempunyai paling banyak zon waktu, seperti Amerika Syarikat (11) dan Rusia (9).

🌍 Paling obes: Nauru
Nauru merupakan republik terkecil di dunia yang terletak di lautan Pasifik. Sejak industri fosfat negara itu berkembang pesat, rata-rata daripada rakyatnya menghidap obesiti selepas pengenalan makanan Barat berlemak tinggi di pulau itu.

🌍  Paling tua: Mesir
Mesir merupakab negara paling tua yang wujud di dunia kerana telah membina tamadun sejak 3100 sebelum Masihi.

🌍 Jalan raya paling unik: Guam
Di Guam, mereka tidak mempunyai pasir semulajadi dan cuma mempunyai terumbu karang. Oleh itu, mereka menggunakan hablur daripada karangan dan minyak untuk membuat jalan raya.

Jom kami bawa anda jelajah ke 74 buah negara di dunia dalam TEROKA SAINS 4!

Copyright © 2025 My Mommy Store - All Rights Reserved.

  • MOMMY HANA
  • Shop by Category
  • Testimonials & Reviews
  • Gallery

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept